<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/241301439547896388?origin\x3dhttp://amyasani.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
CERITERA HIDUPKU
Saturday, 23 November 2013Y
Ahmad Ammar - ''Syahid Yang Tertangguh''



Ahmad Ammar - Digelar sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”. 

Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya. 

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz. 

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.

Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. 

Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.

Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. 

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?

Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah. 

Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.

Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ :

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. 

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans. 

Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya.

Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah. 











ends at 03:04

Sunday, 17 November 2013Y
Legacy of Lenity (L.O.L)

Assalamualaikum..
okeyh,, perhatian kepada pembaca blog ashma.. di sini ashma nk ceritakan tentang Legacy of Lenity a.k.a L.O.L .. hmm,, korang kenal x sape mereka semua?? haha mestilah x tahu.. meyh ashma nk citer psl dye orng.. L.O.L ni adelah batch 96 yg berasal dri SAKTI.. mereka semua tersangat nakal,, tpi ,,,, sebenarnya mereka okey.. hikhik.. ketua form mereka adelah Ikhwan Faris.. PK form mereka pula ialah Nurul Hidayah binti Parmin.. mereka berdua sweet sngt.. huh.. Ahli BKP mereka memipin sekolah pada tahun 2012/2013.. Alhamdulillah,, sepanjang mereka memerintah keadaan sekolah dan asrama dlm keadaan yg baik.. President pada tahun 2013/2014 ialah Abdul Fattah bin Samsuri dan Timb. President pula Nur Amira binti Ahmad Ba'i.. President bgi Tabbaru'   Mohd Haziq Nazmi bin Hanizam .. abng Haziq nih bagus dlm memimpin umat Islam.. dye juga tegas untuk menegur saudara umat Islam.. Timb. Tabbaru' Nur Balqis binti Rustam.. orangnye ayu je.. tegas juga dlm menegur.. hmm,, bnyk lgi yg best psl L.O.L.. tahun depan batch dye orng dh xde kat SAKTI nih.. tahun depan dh x de dh dgr suara abng Fattah bce doa bangun tidur.. dgr azan Subuh yg dilaungkan oleh abng Syahriman.. Imam bersama2 dgn abng Haziq Nazmi.. dgr kekecohan dripada dye orng.. huh!! ashma doakan batch L.O.L dpt mencipta rekod dlm sejarah SAKTI iaitu MBR 1.00 ... ameen 

ends at 21:24

Wednesday, 13 November 2013Y
SEINDAH TAKDIR CINTA

Assalamualaikum..
Ya Allah!! sungguh berat dugaan yg Engkau berikan pada hambaMu yg lemah ini.. Hamba x sanggup menerima barang yg hambaMu sayang telah hilang..Subhanallah,, sungguh besar kuasaMu Ya Allah..
herm,, sedih tahu x.. novel yg baru beli,, baru sayang,, belum abis bce.. lesap begitu saja.. tu tajuk dye kat ats.. hargh!! mcm nk jerit je.. dlm mse yg sme time novel aq hilang,, MP3 Elly pun hilang.. dan sepanjang hari selps novel tu hilang,, aq nangis je.. tpi dlm hatilah.. siapalah makhluk Allah yg ambil novel tu.. pulangkanlah balik.. aq x nk marah pun.. aq nk novel tu balik.. tolonglah.. tpi kan,, aq pelik.. mlm pertama buat empat solat sunat,, aq hanya dpt mimpi psl MP3 Elly jerk.. novel aq x dpt.. dan Alhamdulillah,, Elly dh tahu sape yg curi MP3 Elly.. untungnye dye.. andai kate aq dpt novel aq balik sebelum balik nih,, aq rse bersyukur sngt2.. aq percaya yg kuasa Allah amatlah besar.. aq sayang novel aq..

ends at 17:23



[close]
Light Blue Pointer